Sumbangan dan Pendirian dalam Konflik Israel-Palestin

MYSverse membuat sumbangan dan mengambil pendirian tetap terhadap acara atau aktiviti di Roblox yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.

Sumbangan dan Pendirian dalam Konflik Israel-Palestin

Hello warga Malaysia dan warga MYSverse,

Kami mempunyai pengumuman penting untuk dibuat. MYSverse, peneraju dalam pemajuan dan komuniti bertemakan Malaysian roleplay dalam Roblox, telah mengambil berat terhadap konflik Israel-Palestin baru-baru ini, dan mengambil langkah untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan.

MYSverse, melalui pengasas bersama, telah membuat sumbangan sebanyak RM1000.00 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu misi kemanusiaan mereka di Palestin.

Sumbangan RM1000.00 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Walaupun keputusan ini berasaskan dalam pegangan dalam belas kasihan dan kesedaran global, dan kami faham signifikasi menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan, MYSverse sebagai organisasi tidak akan menganjurkan acara atau aktiviti yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin dalam Roblox.

Konflik Israel-Palestin merupakan isu yang sensitif dan kompleks. Kami sedar akan usaha terkini dan kesesuaian kami sebagai komuniti dan platform untuk menganjurkan acara atau aktiviti yang relevan. Selain kebimbangan praktikal, seperti moderation, kerana Roblox adalah platform yang direka berfokuskan kanak-kanak dan pemain muda. Untuk menggalakkan minda pemain muda untuk menyebelahi suatu pihak dalam situasi geopolitik yang kompleks tidak selaras dengan nilai kami.

Namun, kami terbuka untuk meneroka cara lain untuk menyatakan solidariti di mana sesuai, mengambil kira limitasi, keadaan dan platform yang kami ada. Contohnya, kami menggalakkan mereka yang mampu untuk menyumbang kepada NGO kemanusiaan tempatan mereka, seperti CGM

Terdapat pelbagai peluang sukarelawan yang ada di media sosial, memberikan jalan kepada mereka yang bersemangat untuk mendapatkan penglibatan hands-on.

Di MYSverse, kami mempromosikan keseronokan, penghayatan budaya dan pendidikan. Kami ingin membina persekitaran di mana pemikiran kritikal berkembang dan di mana komuniti kami boleh belajar dan maju. Matlamat kami ialah untuk menginspirasi dan mendidik dalam persekitaran yang selamat dan inklusif.

Terima kasih kerana menjadi ahli komuniti MYSverse, di mana kami menghargai budaya Malaysia melalui perantara yang menyeronokkan serta memberi pengajaran.